2 ahli Parti Amanah bergaduh di hotel didakwa di mahkamah

Dua ahli Parti Amanah Negara (Amanah) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dan menggunakan kekerasan jenayah ke atas satu sama lain di sebuah hotel, tahun lepas.

Safarizal Saleh, 43, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Isu dan Media Amanah Perak dan Zulaiha Mohd Azam, 32, iaitu Naib Ketua Wanita Amanah Teluk Intan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing yang dibacakan di hadapan Majistret Adilah Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, Safarizal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulaiha atas bangkitan marah yang besar dan mengejut daripada Zulaiha tanpa maksud hendak menyebabkan kecederaan di sebuah hotel di Jalan Changkat Jong, di sini pada 9.30 malam, 14 Okt 2020.



Safarizal yang juga bekas setiausaha politik kepada Pengerusi Amanah Perak, dituduh mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Zulaiha didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap Safarizal pada waktu, lokasi dan tarikh sama.

Pertuduhan ke atas Zulaiha dikemukakan mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Safarizal dan Zulaiha masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Okt depan untuk sebutan semula kedua-dua kes.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Cheah Shuh Yuan manakala Safarizal diwakili peguam Akhiruddin Mohamad Taib sementara Zulaiha diwakili peguam Tejal Harash.

 


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pilih PM baharu melalui SD tidak sesuai – Salleh



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker