Pilih PM baharu melalui SD tidak sesuai – Salleh

Pilih PM baharu melalui SD tidak sesuai – Salleh

Seorang bekas menteri persekutuan berkata adalah menjadi “tidak sesuai” bagi negara untuk melantik perdana menteri akan datang berdasarkan akuan berkanun

Salleh Said Keruak berkata, ketinggian Perlembagaan Persekutuan, yang memberi Yang Di-Pertuan Agong kuasa untuk melantik perdana menteri, harus diterima.



Ia lebih-lebih lagi ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Tidak wajar kita memilih perdana menteri melalui SD (akuan berkanun).

“Kita harus menghormati keputusan Agong dan terus memfokuskan usaha kita dalam pemulihan negara.”


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mengulas pandangan penganalisis politik James Chin, yang berkata ia adalah menjadi hak prerogatif Agong untuk memilih perdana menteri baharu kerana Parlimen tidak boleh dipanggil bersidang semula “pada masa ini”

“Dan sesiapa yang terpilih menjadi perdana menteri berikutnya harus melalui usul undi percaya ketika Parlimen bersidang pada 1 September, ” katanya kepada The Borneo Post.

Awal hari ini, Utusan melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dilihat bertemu di Royal Chulan Hotel di mana SD yang menyokong kerajaan baru sedang dikumpulkan.



Sementara akhbar The Star melaporkan bekas Menteri Pelancongan Nazri Aziz berkata, beliau telah menandatangani SD yang menyokong Ismail sebagai perdana menteri berikutnya. FMT

Pilih PM baharu melalui SD tidak sesuai – Salleh

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker