Peningkatan 130% kes BID bagi tempoh dua minggu

Peningkatan 130% kes BID bagi tempoh dua minggu Ogos

Kematian akibat ‘brought-in-dead’ (BID) dilaporkan meningkat dalam dua minggu pertama bulan ini, masing-masing 176 kes BID pada minggu pertama kepada 408 kes, pada minggu kedua.

Menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), ia sekali gus merekodkan peningkatan lebih 130% BID di seluruh negara dengan Sabah mencatat peningkatan kematian ketara lebih 70%, daripada 55 kes pada minggu pertama Ogos kepada 94 kes bagi minggu kedua bulan ini, manakala Selangor merekod peningkatan 46.4% dengan keseluruhan 1,289 kematian bagi tempoh sama.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes BID direkodkan antara 1 Ogos hingga semalam adalah 584 kes, mewakili 18.2% daripada 3,202 kematian dicatatkan dalam tempoh sama, menurut laporan Berita Harian.

Selain itu, peningkatan kes kematian turut dicatatkan di Selangor dan Kuala Lumpur dalam dua minggu pertama bulan ini, meskipun jumlah kes baharu di kedua-dua negeri dan wilayah itu menurun.

Trend peningkatan kes kematian turut dilihat di beberapa negeri luar Lembah Klang bagi tempoh sama, antaranya Sabah, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Ia disusuli Kuala Lumpur (41.3%, keseluruhan 519); Perak (66%, keseluruhan 112); Johor (16%, keseluruhan 376); Negeri Sembilan (15.6%, keseluruhan 138) dan Kedah (4%, keseluruhan 192).

Dalam pada itu, kes kematian Covid-19 bagi golongan wanita melonjak sebanyak 817 kes atau 36.1% pada minggu kedua Ogos, berbanding 600 kematian pada minggu pertama.

Kadar peningkatan itu melebihi kematian golongan lelaki, yang meningkat 33.5% atau 1,022 kes bagi minggu kedua Ogos, berbanding 765 kes pada minggu pertama. FMT

Peningkatan 130% kes BID bagi tempoh dua minggu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker