Polis selamatkan budak didera ibu dan teman lelaki

Polis selamatkan budak perempuan 5 tahun didera ibu dan teman lelaki

Polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dipercayai didera ibu kandung dan teman lelaki dalam kejadian di Bandar Hilir, Melaka, semalam.

Mangsa diselamatkan Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Melaka selepas menerima panggilan orang awam yang memaklumkan kejadian itu pada jam 9.45 malam.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Mohd Sukri Kaman, berkata hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada mangsa dipercayai dipukul menggunakan tangan dan tali pinggang.

“Polis menerima panggilan pada jam 9.25 malam daripada orang awam yang memaklumkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak.

“Kami yang terus ke tempat kejadian berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang dipercayai menjadi mangsa dera ibunya dan teman lelaki,” katanya dalam kenyataan.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital dan dimasukkan ke wad Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, Sukri berkata, ibu mangsa yang berusia 30 tahun dan teman lelaki berusia 38 tahun telah ditahan di dua lokasi berasingan hari ini.

“Suspek lelaki diberkas di pekarangan Balai Polis Bandar Hilir manakala ibu mangsa ditahan di rumahnya.



“Mereka direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.
FMT

Polis selamatkan budak didera ibu dan teman lelaki

Nazri tandatangan SD sokong Ismail Sabri jadi PM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker