Anak kapal hilang selepas jatuh laut

Seorang anak kapal Eco Galaxy dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika menyambut tali dari sebuah bot di Perairan Pintu Gedung, tengah malam tadi.

Mangsa yang hilang dikenali Peligres Jaime Langusta, 57 yang merupakan warga Filipina.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, Op Carilamat diaktifkan selepas menerima maklumat kira-kira pukul 12.30 tengah malam.



Katanya, berdasarkan maklumat awal mangsa bersama seorang lagi kru telah ditugaskan untuk menurunkan ‘pilot ladder’ dan menyambut tali dari bot pilot TEGUH 8 sebelum terjatuh.

Peligres yang dilaporkan hilang selepas terjatuh di perairan Pulau Pintu Gedung Klang.

“Kru bot Pilot Teguh 8 telah berusaha mencampakkan pelampung serta jaket keselamatan ke arah mangsa namun tiada tindak balas.

“Difahamkan kru bot tersebut juga berenang menuju mangsa, namun Peligres telah tenggelam berikutan hujan lebat dan angin kencang semasa kejadian,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kapal tersebut sedang menuju memasuki pelabuhan Klang dari muara Sungai Brunei.



Mohd. Sharenliza menjelaskan operasi diteruskan bermula pukul 8 pagi tadi dengan mengatur gerak bot Pengalang 10 bersama Pasukan Polis Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan memperluaskan sektor pencarian meliputi sekitar perairan Pulau Pintu Gedung.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju hujan berwarna kuning dan memakai topi keselamatan berwarna putih sebelum dilaporkan jatuh .

“Pangkalan Hadapan Carilamat telah diwujudkan di bilik gerakan krisis Pebuhan Barat bagi mengkoordinasikan insiden mencari dan menyelamat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini dah nikah?



Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam

DSV jangan takbur sangat



Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker