‘Tawaran Mega Sales’ Muhyiddin ditolak semua parti politik
‘Tawaran Mega Sales’ Muhyiddin ditolak semua parti politik. Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin terpaksa mengangkat bendera putih sekiranya gagal untuk mencari sekurang-kurangnya 11 ahli Parlimen bersama mereka.
Ini kerana setakat pagi tadi, hampir semua parti politik di luar PN menolak dan tidak tergoda dengan tujuh tawaran mega Muhyiddin yang diumumkan petang Jumaat.
Berikut antara kenyataan setiap parti yang menolak tawaran Muhyiddin:
PAKATAN HARAPAN
“Ini kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang Perdana Menteri yang mengaku kehilangan sokongan majoriti namun secara terang-terangan terus menagih sokongan pembangkang.
“Ini juga kali pertama seorang Perdana Menteri yang tiada keabsahan menawarkan rasuah secara terang-terangan dalam siaran televisyen langsung di hadapan seluruh rakyat Malaysia.
“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mengambil pendirian untuk menolak keras segala tawaran tidak ikhlas Muhyiddin yang sepatutnya dibuat lebih awal dan bukannya di penghujung hayat politik beliau. Tumpuan seharusnya diberi untuk menyelamatkan rakyat dan bukan kerjaya politik beliau.”
PEJUANG
“Pejuang akan terus kekal berprinsip dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Muhyiddin.
“Tawaran ini ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.
“Muhyiddin sepatutnya menghormati Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan dan meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri”
UMNO
“UMNO mengucapkan penghargaan di atas pengakuan Yang Berhormat Pagoh yang akhirnya secara terbuka bahawa beliau sudah tidak ada lagi mempunyai majoriti ahli Parlimen.
“UMNO tidak boleh mempertimbangkan segala tawaran daripada seorang yang sudah tiada keabsahan, apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya.”
Dengan penolakan part-parti utama ini, kemungkinan besar PN perlu mencari sokongan mana-mana ahli Parlimen secara individu untuk mencapai majoriti mudah.
Sekiranya masih gagal, dalam keadaan yang sudah dihujung tanduk, kemungkinan besar PN perlu mengibarkan bendera putih untuk membolehkan proses dan keputusan seterusnya ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
WARISAN, UPKO, MUDA, PARTI SARAWAK BERSATU
“Kami sekeras-kerasnya menolak tawaran politik yang dibuat oleh Muhyiddin dalam pengumuman khas.
“Sejak dari tahun lepas lagi, parti-parti Pembangkang telah membuat cadangan untuk menstabilkan kerajaan melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (‘Confidence and Supply Agreement’). Walaupun Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan melalui pintu belakang, kami bersedia untuk bertolak ansur demi kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Namun Tan Sri dengan sombong telah menolak segala tawaran pembangkang.
“Kami mendesak Muhyiddin untuk meletakkan jawatan dengan cara terhormat dan benarkan proses demokrasi berjalan semula.”
‘Tawaran Mega Sales’ Muhyiddin ditolak semua parti politik
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Jajaran baru : Tony Pua mahu Dap pertimbang tawaran Muhyiddin
- Saya tidak perlu pengampunan – Najib
- Resepi Ayam Tiram Thai Viral
- Netizen kecam ucapan Muhyiddin, anggap hipokrit
- ‘Saya Jual Krim Kesihatan, Bukan Barang Terlarang’-Lan Pet Pet [VIDEO]
- Ucapan Muhyiddin bagai tawar rasuah menerusi TV
- Muhyiddin tawar ‘gula-gula’ untuk raih sokongan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.