Kegilaan Mahiaddin Md. Yassin yang terdesak

 

1. Saya tidak menyangka YAB Perdana Menteri, Tan Sri Hj. Mahiaddin Md. Yasin begitu terdesak sehinggakan sanggup memberi tujuh tawaran kepada Ahli Parlimen pembangkang terutamanya daripada kalangan Pakatan Harapan untuk memberi beliau undi percaya semasa sidang parlimen yang akan datang.

2. Malah, dua tawaran pertama tersebut tidak lebih sekadar melaksanakan apa yang sepatutnya dilakukan sejak mula sektor ekonomi ditutup seperti memberi peruntukan kepada ahli parlimen yang setara tanpa mengira parti politik dan menambah siling Dana COVID-19 yang sememangnya telah lama disuarakan dan dituntut oleh barisan pemimpin UMNO.



3. Tiga tawaran yang seterusnya pula adalah untuk ‘memikat’ Ahli Parlimen PH terutamanya dari kalangan DAP yang sememangnya menuntut supaya reformasi parlimen diadakan seperti memperkenalkan RUU tempoh perjawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dan RUU Anti-Lompat Parti, keseimbangan keahlian Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, dan pelaksanaan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik.

4. Tawaran yang keenam pula adalah untuk membentangkan RUU hanya selepas mendapat persetujuan blok pembangkang yang hanya akan memanjangkan proses kelulusan, membuka ruang untuk ‘membeli’ persetujuan dan akhirnya menyelamatkan diri daripada potensi undi tidak percaya.

5. Tawaran terakhir adalah yang sangat terserlah elemen ‘rasuah’ apabila hendak memberikan Ketua Pembangkang skim persaraan dan kemudahan yang setaraf dengan Menteri Kanan kerajaan.

6. Adakah Mahiaddin sedar bahawa beliau hanya akan menjadikan semua ini sebagai satu kes precedent yang akan disebut dan dihalalkan pelaksanaannya di masa akan datang?



Jangan ‘diperbodohkan’ Muhyiddin, fungsi negara tidak akan terhenti dengan menukar pemimpin

7. Ini merupakan satu panggilan kepada Ahli Parlimen UMNO yang masih memberi sokongan kepada Kerajaan PN untuk menilai semula tindakan Mahiaddin ini untuk terus menjahanamkan sistem demokrasi negara dengan menawarkan ‘rasuah’ untuk membeli undi percaya Ahli Parlimen blok pembangkang.

8. Tawaran ini tidak lebih dari sekadar menghulur salam pertautan PPBM kembali kepada PH terutamanya dari kalangan PKR dan DAP yang dilakukan di hadapan seluruh rakyat Malaysia.



9. Gesaan kononnya dilakukan ‘demi rakyat’ atau ‘mengelakkan kumpulan kleptokrat kembali berkuasa’ adalah propaganda jahat yang berulang kali telah digunakan semasa hendak menjatuhkan Kerajaan BN semasa PRU14 dahulu.

10. Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan PH yang dibina daripada angkara fitnah hanya dapat bertahan selama 22 bulan sahaja dan kemudian dihancurkan dari dalaman mereka juga.

11. Ke mana pendirian Ahli Parlimen UMNO dan PAS yang masih menyokong Kerajaan PN tatkala salam dihulurkan kembali kepada DAP yang secara jelas telah menganiaya institusi Melayu dan Islam semasa 22 bulan pentadbiran mereka?
12. Adakah Muafakat Nasional yang menjadi titik permulaan pembelaan Melayu dan Islam telah terkubur akibat jawatan dan habuan apabila menjadi Kerajaan semula?

13. Saya menyeru kepada Ahli Parlimen UMNO dan PAS untuk segera menarik semula sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN dengan kadar segera bagi mengelakkan golongan chauvinist dan liberal kembali menentukan polisi dan dasar negara.



14. Kembali kepada asas perjuangan parti masing-masing dan usahlah tertipu dengan tawaran habuan dan jawatan Mahiaddin yang sebenarnya berniat untuk menyelamatkan jawatannya sendiri.

15. Tujuh tawaran ini bukanlah untuk menyelamatkan negara tetapi untuk menjahanamkan negara!

Aziz Kaprawi

Kegilaan Mahiaddin Md. Yassin yang terdesak




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Menteri Umno terkejut, kecewa dengan tawaran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker