1.2 juta tan dadah dirampas dekat sempadan Malaysia


1.2 juta tan dadah dirampas dekat sempadan Malaysia

Pihak berkuasa Thai rampas 1.2 tan dadah dekat sempadan Thailand-M’sia

Pihak berkuasa Thailand merampas kira-kira 1.2 tan heroin dan metamfetamin bernilai hampir satu bilion baht yang ditinggalkan di hutan bakau berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di wilayah Satun.

Dalam satu kenyataan, pihak berkuasa Maritim Thailand berkata dadah yang dibungkus dalam surat khabar dan disembunyikan dalam 39 peti buah serta plastik sayuran itu dijumpai bertaburan dekat hutan bakau di Khlong Tammalang, daerah Muang pada Khamis.

“Siasatan awal mendapati dadah itu dijatuhkan pengedar dan kemudian akan diambil kumpulan lain untuk diedarkan.

“Dadah itu untuk dipasarkan ke negara ketiga,” katanya.

Media tempatan melaporkan rampasan dadah itu adalah antara yang terbesar di wilayah Satun, dipercayai untuk dihantar ke Malaysia. Bernama

1.2 juta tan dadah dirampas dekat sempadan Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pelacur sembunyi bawah tilam elak dicekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker