Buat aksi lucah dalam kedai serbaneka

Buat aksi lucah dalam kedai serbaneka, lelaki diburu polis

Seorang lelaki yang melakukan aksi lucah dalam sebuah kedai serbaneka di Balik Pulau, Pulau Pinang selepas video perlakuannya tular di media sosial, sedang diburu polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata, ketika kejadian pada Selasa, pengadu yang juga pekerja kedai berusia 17 tahun itu telah didatangi suspek.

Katanya, suspek yang dikenali pengadu itu datang membeli barangan pada 8 malam sambil berbual mengenai kondom.

“Suspek kemudian ke bahagian rak yang menempatkan tisu sebelum dilihat melakukan onani. Terkejut dengan kelakuan suspek, pengadu kemudian bersembunyi di bilik stor bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kamarul berkata, suspek kemudian beredar dari kedai serbaneka berkenaan kira-kira 30 minit kemudian sebelum pengadu terus membuat laporan di balai polis berhampiran semalam, berikutan bimbang dengan kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Video kejadian yang berdurasi satu minit itu tular di media sosial turut mendapat kecaman warganet. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Buat aksi lucah dalam kedai serbaneka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker