Kes Rogol Dikaitkan Adun Gombak Setia, Ada Tangan Ghaib?

KES-kes yang membabitkan pemimpin parti BERSATU dikatakan mendapat keistimewaan manakala kes yang membabitkan pihak lain segera diambil tindakan. Benarkah?

Seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol kepada dua lelaki yang dikaitkan dengan Adun Gombak Setia Hilman Idham akan memfailkan saman sivil terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tuan Muhammad Hilman Idham merupakan Adun Gombak Setia dan merupakan ahli BERSATU, parti Muhyiddin yang memerintah Malaysia.

Wanita yang menjadi mangsa rogol tersebut bertindak sedemikian selepas hampir sembilan bulan membuat laporan polis namun dia belum mendapat sebarang jawapan mahupun perkembangan siasatan, kata peguamnya, Asheeq Ali Sethi Alivi.

Asheeq berkata demikian setelah menghantar surat menuntut penjelasan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Menurut peguam tersebut, surat pertama mereka pada 10 Jun melalui e-mel kepada PDRM dan ketua polis negara tidak berbalas.

Saman itu akan difailkan jika surat terbaru hari ini tidak dijawab dalam masa tujuh hari.

Tambah Asheeq Ali, anak guamnya mempunyai hak untuk mengetahui perkembangan atau hasil siasatan polis atas aduan dibuatnya.

“Ini adalah kes rogol yang melibatkan nama-nama besar. Laporan juga telah dibuat tetapi kenapa mengambil masa yang terlalu panjang?” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Asheeq membandingkan kes anak guamnya itu dengan kes lain sebelum ini.

“Laporan kes Adun Tronoh diterima 9 Julai 2019 dan dituduh bulan seterusnya dan kes kedua membabitkan wakil rakyat parti Amanah tindakan diambil dengan kadar segera tetapi kenapa kes ini hampir sembilan bulan tidak ada perkembangan?” soalnya.

Untuk makluman, Pada 24 Mei, polis berkata hampir menyelesaikan siasatan berhubung tuduhan rogol terhadap wanita tersebut.Memetik sumber, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim ketika itu berkata, siasatan yang bermula Disember lalu dijangka selesai tidak lama lagi.

Terdahulu Azmi memberitahu wartawan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bahawa kertas siasatan akan diserahkan pada 25 Mei atau hujung minggu tersebut. Namun sehingga kita, tiada khabar berita mengenai kes rogol tersebut.

Mangsa membuat laporan polis pertama pada 5 Disember yang mendakwa dua lelaki merogolnya, namun menarik balik laporan pada 8 Disember kerana mendakwa diugut. Dia bagaimanapun berubah fikiran dan meminta siasatan dilakukan pada Januari.

Salah seorang yang didakwa merupakan pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional, makakala seorang lagi dikatakan rakan Hilman.

Menurut laporan polis pertamanya, dia terbangun pada pukul empat pagi pada 5 Disember di sebuah bilik hotel dalam keadaan berbogel sendirian.

Wanita itu merasakan dirinya dinodai setelah menemui kondom di bilik mandi.

Wanita itu juga membuat laporan polis kedua pada 8 Mei dan mendakwa Hilman “merancang” insiden tersebut setelah makan malam sempena sambutan hari jadi dan sesi karaoke di sebuah hotel di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Dia sebelum ini mengaku sebagai wanita dipapah ke bilik hotel dalam rakaman CCTV yang tular oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman.

Rogol adalah satu jenayah berat. Namun keadilan terhadap mangsa seolah-olah dipersendakan. Adakah tangan ghaib menghentikan pihak polis daripada menghantar laporan yang sepatutnya diserahkan pada 25 Mei memandangkan kes rogol tersebut membabitkan Adun yang bernaung bawah part BERSATU. Rakyat sedang melihat kerajaan yang gagal ini terus menyalahgunakan kuasa dalam masa yang singkat. Kifarah itu pasti.

– Nurul Aisyah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker