Beribu yang kematian ibu bapa perlukan bantuan

Beribu yang kematian ibu bapa perlukan bantuan

Setiap hari bertanya, ke mana arwah ayah pergi

Sungai Petani: Walaupun sudah dua minggu bapanya meninggal dunia akibat Covid-19, seorang kanak-kanak perempuan masih merindui arwah beranggapan bapanya masih hidup.



Anak keempat daripada lima beradik, Nur Ain Syaffura, 7, seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bapanya, Mohd Zulkifli Mustaffar, 40, sudah tiada buat selama-lamanya.

Mohd Zulkifli yang juga peniaga kuetiau goreng, rebah dalam bilik air pada hari terakhir dia menjalani kuarantin di rumahnya di Kampung Genuak, Sik, pada 29 Julai lalu sebelum dilaporkan meninggal dunia akibat wabak itu.

Berkongsi kisah duka itu, isteri mangsa, Nur Haslina Azmi, 37, berkata, dia sedih apabila melihat Nur Ain Syaffura yang hampir setiap hari bertanya ke mana bapanya pergi.

Sambil bergenang air mata mengenangkan nasib keluarga, katanya, setiap hari dia terpaksa menjelaskan kepada anaknya yang arwah mempunyai urusan kerja di Kuala Lumpur dan Nur Ain Syaffura memberitahu akan tetap menunggu bapanya pulang.



Menceritakan lanjut mengenai kehilangan suaminya, Nur Haslina berkata, mereka tujuh beranak diarah menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat seorang ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 sebelum itu.

Menurutnya, hanya Nur Ain Syaffura bebas jangkitan Covid-19, manakala empat lagi anak dan dirinya positif serta diarah menjalani kuarantin di rumah.

“Tiga hari sebelum pemergian suami, arwah lebih banyak mendiamkan diri dan hanya merenung wajah anak serta saya.

“Dia tidak bermaya dan hanya mampu berbaring di kerusi selain mengadu badannya berasa panas.



“Walaupun terkilan, namun saya reda dengan pemergian suami kerana itu takdir yang ditetapkan untuk arwah dan tuhan lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ibu kepada lima anak berusia empat hingga 17 tahun itu kini hilang tempat bergantung serta mencari punca rezeki selepas pemergian suaminya itu dan kini buntu mencari wang bagi membesarkan anak.

“Sebelum ini, saya membantu suami berniaga namun pemergian arwah membuatkan saya buntu untuk wang bagi perbelanjaan kami anak beranak.

“Setakat ini, memang ada rakan arwah yang mengumpul wang dan memberikannya kepada saya, namun selepas ini saya tidak tahu bagaimana nasib kami sekeluarga untuk meneruskan hidup,” katanya.



Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Nur Haslina di talian 012-3068930. HM

Beribu yang kematian ibu bapa perlukan bantuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker