Asteroid Bennu hentam Bumi pada 24 September 2184

Asteroid Bennu hentam Bumi pada 24 September 2184

WASHINGTON: Kajian Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menunjukkan asteroid Bennu yang mempunyai saiz sebesar 482 meter mempunyai satu daripada 2,700 kemungkinan untuk menghentam Bumi pada waktu tengah hari 24 September tahun 2184.

Lapor Daily Mail, NASA membuat kenyataan itu berdasarkan data yang dikumpul oleh kapal angkasa OSIRIS-REx yang menyusun sampel asteroid yang kembali ke Bumi.



OSIRIS-REx mengumpul data ketepatan untuk meramalkan sebarang objek berhampiran orbit Bumi, yang menunjukkan satu daripada 1,750 kemungkinan perlanggaran boleh berlaku pada masa 300 tahun akan datang.

Sekiranya Bennu melanggar Bumi, impaknya disamakan dengan kekuatan letupan lebih 1.1 bilion tan TNT.

Pengarah Program untuk Pemantauan Objek Berhampiran Bumi NASA, Kelly Fast berkata, misi pertahanan planet agensi tersebut sentiasa memantau asteroid dan komet yang menghampiri Bumi serta berisiko mencetuskan ancaman bahaya.

Katanya, walaupun terdapat kemungkinan Bennu bakal melanggar Bumi dalam tempoh tiga dekad akan datang, NASA juga melihat 99.9 peratus perkara itu tidak akan berlaku.



NASA sebelum ini meramalkan Bennu akan menghampiri Bumi pada tahun 2135.

“Biarpun risiko melanggar Bumi adalah rendah, Bennu masih menjadi satu daripada dua asteroid yang paling bahaya dalam sistem solar.

“Satu lagi asteroid yang dibimbangi boleh mengancam Bumi adalah asteroid yang dikenali dengan nama 1950 DA,” jelas kenyataan NASA. Utusan

Asteroid Bennu hentam Bumi pada 24 September 2184




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker