Parti MUDA gagal didaftarkan, terima penolakan secara rasmi

Sebaran :

 

Parti MUDA gagal didaftarkan, terima penolakan secara rasmi.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menolak permohonan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk didaftarkan sebagai parti politik secara rasmi.

Wakil perundangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan keputusan itu ketika pendengaran semakan kehakiman Muda hari ini agar kementerian itu dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membuat keputusan berkenaan permohonan parti itu.

Hamzah dan ROS adalah responden dalam semakan kehakiman itu.

Perkara itu disahkan naib presiden Muda, Lim Wei Jiet dalam kenyataan media hari ini.

“beberapa minit sebelum pendengaran bermula, peguam persekutuan telah memaklumkan bahawa menteri dalam negeri telah pun membuat keputusan berkenaan rayuan pendaftaran Muda.

“Penaja (Muda) tidak dimaklumkan mengenai perkembangan ini dan atas dasar itu pendengaran telah ditunda ke 18 Ogos 2021, jam 2.30 petang.

“Barisan penaja Muda baru sahaja dimaklumkan melalui kiriman emel dari ROS bahawa menteri dalam negeri bahawa telah menolak rayuan Muda untuk didaftarkan. Tiada sebarang alasan diberikan,” katanya.

Dia berkata, pihaknya amat kesal dengan keputusan itu memandangkan telah memberi kerjasama penuh kepada menteri dalam negeri dan ROS, termasuk dalam isu berkenaan Perlembagaan ataupun dokumentasi pendaftaran.

Katanya lagi, dia juga kesal dengan kelewatan keputusan dibuat, dengan mengambil kira Muda telah membuat permohonan pendaftaran pada 17 September 2020 – hampir setahun lalu – dan rayuan pada 4 Februari lalu.

“Timing keputusan menteri dalam negeri menunjukkan bahawa pihak berkuasa hanya ingin melengahkan pendaftaran Muda untuk seberapa lama yang mungkin.

“Muda akan mencabar keputusan menteri dalam negeri di mahkamah dalam masa terdekat, dan berharap akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Taktik kotor kerajaan Perikatan Nasional ini tidak akan melemahkan semangat kami untuk terus menjadi semak dan imbang kepada kegagalan dan kedangkalan kepemimpinan yang ada pada hari ini,” katanya lagi.

Parti MUDA gagal didaftarkan, terima penolakan secara rasmi.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tok Mat bidas kerajaan, kenapa buka sekolah dikala Covid-19 memuncak


Sebaran :

Leave a Reply