Polis siasat video ritual tolak bala

Sebaran :

Polis siasat video ritual tolak bala

BAGAN DATUK: Polis menjalankan siasatan susulan video ritual pembersihan diri untuk menolak bala dilakukan enam beranak bersama seorang sami hingga mendatangkan kecederaan di sebuah kuil di belakang rumah di Selekoh, Rungkup, di sini, seperti tular di media sosial sejak semalam.

Ritual sembahyang itu dilakukan seorang lelaki berusia 54 tahun bersama isterinya berusia 48 tahun dan empat anak berusia 15 hingga 25 tahun di kuil milik lelaki itu pada jam 7 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata upacara itu hanya dihadiri keluarga mangsa dan sami terbabit adalah anak angkat mangsa.

Beliau berkata, ketika upacara itu, sami berkenaan membaca mantera dan kemudian memukul beberapa kali badan mangsa, anak lelaki sulung dan isterinya menggunakan sebatang rotan panjang.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahu dan tangan kanan serta bengkak di belakang kepala. Isterinya pula mengalami kesakitan pada kedua-dua tangan, manakala anak lelaki sulungnya juga sakit pada bahagian lengan tangan kanan.

“Mangsa melakukan ritual bagi membuang badi dalam keluarganya dan ketiga-tiga mangsa kemudian ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Sami yang melakukan ritual itu adalah anak angkat mangsa yang dijaganya sejak bekerja dengannya sebagai pemandu lori, enam tahun lalu,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis dibuat abang kandung mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan ritual dilakukan sami berkenaan ke atas keluarga adiknya.

Katanya, abang mangsa mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan berkenaan ritual dilakukan sami itu jika berniat sengaja mencederakan keluarga adiknya.

“Mangsa juga turut membuat laporan polis bagi mengelak salah faham orang ramai berkenaan ritual itu.

“Kita menahan sami terbabit dan merampas sebatang rotan berikat kain merah di hadapan kuil itu pada jam 10.20 pagi tadi untuk membantu siasatan.

“Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sudah memanggil semua saksi yang berada di tempat kejadian,” katanya. BH

Polis siasat video ritual tolak bala

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT


Sebaran :

Leave a Reply