Cubaan hadkan kehadiran ke Parlimen tak masuk akal

Sebaran :

Cubaan hadkan kehadiran ke Parlimen tak masuk akal

Ahli Parlimen bidas cubaan hadkan kehadiran ke Parlimen

Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) senada menolak sebarang cubaan menghadkan kehadiran Ahli Parlimen dalam persidangan Parlimen, bulan depan.

Sambil menekankan kebimbangan terhadap penularan Covid-19, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon, hari ini berkata jawatankuasa Dewan Rakyat akan mengadakan perbincangan bersama wakil kerajaan dan pembangkang menerusi Ketua Whip masing-masing demi memastikan jumlah Ahli Parlimen dibenarkan hadir pada persidangan Parlimen, dijadual bermula 6 September ini.

“Saya berpandangan mereka sedaya upaya mahu menimbulkan kesulitan untuk Parlimen berfungsi sepenuhnya dengan dengan mencari pelbagai alasan supaya ia tidak berjalan.

“Ini adalah bukti mereka semakin terdesak,” katanya sambil menambah Parlimen sepatutnya menjadi pejabat bebas dan bukannya “pejabat sampingan kepada kerajaan”, kata wakil DAP, Charles Santiago.

Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang, berkata beliau bimbang cadangan berkenaan mempunyai hubungkait dengan undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen, September ini.

Selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, Muhyiddin berkata, beliau yakin masih menikmati sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen dan kerajaan sedia ada akan membentangkan usul undi percaya di Dewan Rakyat, pada September bagi menguji sokongan majoriti.

Sambil turut menyatakan kegusaran Parlimen akan mengadakan persidangan hibrid bagi undi percaya, Santiago memberi amaran rakyat Malaysia tidak akan memberi peluang kepada sebarang cubaan melakukan “penindasan terhadap proses demokrasi negara”.

Ahli Parlimen Petaling Jaya daripada PKR, Maria Chin Abdullah, berkata beliau menentang kuat idea menghadkan Ahli Parlimen, sambil menyatakan Mohd Rashid perlu menerangkan kewajaran meletakkan had kepada jumlah Ahli Parlimen untuk hadir.

Awal hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sembilan kes baharu Covid-19 dikaitkan dengan Parlimen dikesan, membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan 97 kes.

Maria memahami sesi persidangan bulan lalu yang dipendekkan kesan ujian besar-besaran Covid-19 di Parlimen, beliau menekankan semua kes berkenaan sudah dikuarantinkan.

“Malangnya, keselamatan di Parlimen begitu lemah. Ketika persidangan sebelum ini, lebih 1,000 kakitangan berada di Parlimen. Mereka yang sepatutnya dilarang, bukan Ahli Parlimen,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli, berkata tidak memandang remeh kenyataan Mohd Rashid, sambil menegaskan “semua” dibenarkan hadir dalam persidangan berkenaan.

“Kita perlu lakukan seperti persidangan sebelumnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lumut.

“Kita sudah divaksin, tempat persidangan juga sudah disanitasi, kita sudah diasingkan dengan jarak yang baik dan mempunyai skrin plastik (antara Ahli Parlimen). Jika berlaku sesuatu, ia berlaku bukan dalam Dewan,” katanya.

Mesyuarat pertama bagi sesi keempat Parlimen Ke-14 dijadual berlangsung selama 15 hari bermula 6 hingga 30 September ini, manakala mesyuarat kedua dijadual berlangsung selama 32 hari bermula 25 Oktober hingga 16 Disember.
FMT

Cubaan hadkan kehadiran ke Parlimen tak masuk akal

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT


Sebaran :

Leave a Reply