“I have lost him forever” – Bapa Amylea Azizan meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi dan komposer, Amylea Azizan, menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), pada Rabu.
Berita pemergian Azizan Zainal Abidin, 62, itu dimaklumkan sendiri oleh Amylea menerusi kemas kini laman Instagramnya.
Penyanyi yang popular menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ke-3 itu berkata, tiada kesakitan yang lebih perit daripada kehilangan ibu bapa.
“I have lost him forever…..
“ Hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu dugaan demi dugaan, saya amat bersyukur atas pinjaman yang dikurniakan iaitu seorang ayah yang sangat baik,” tulisnya di Instagram.
Pada masa sama, pelantun lagu Kendati itu juga berkata, jika Allahyarham ada berhutang dengan mana-mana pihak mereka boleh menghubunginya.
Sebelum ini, media melaporkan tahap kesihatan bapa Amylea mula merosot pada Julai selepas demam akibat jangkitan kuman, menyebabkan dia terpaksa dirawat di IJN sejak 30 Julai lalu.
“I have lost him forever” – Bapa Amylea Azizan meninggal dunia
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.