Rayuan cukai Najib untuk dengar isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan ditolak

Sebaran :

Rayuan cukai Najib untuk dengar isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan ditolak. Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin, untuk merujuk isu perlembagaan melibatkan Seksyen 106 (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 ke Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan untuk meneruskan mendengar rayuan bekas Perdana Menteri (Najib) dan anaknya berhubung saman yang dikemukakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan tunggakan cukai pendapatan terhadap mereka.

“Kami tidak menyebelahi anda dalam permohonan ini, untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan isu perlembagaan melibatkan Seksyen 106 (3),” kata Hakim Abdul Karim kepada Muhammad Shafee.

Hakim Mahkamah Rayuan (Hakim Abdul Karim) berkata mahkamah lebih memihak untuk meneruskan rayuan tersebut yang turut merangkumi isu perlembagaan dan perkara lain.

Hakim Abdul Karim bersidang bersama Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Datuk Supang Lian kemudiannya menetapkan 9 Sept untuk mendengar rayuan itu.

Rayuan cukai Najib untuk dengar isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan ditolak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nazri jawab Zahid, jaga rakyat bukan dengan jatuhkan kerajaan


Sebaran :

Leave a Reply