Nazri jawab Zahid, jaga rakyat bukan dengan jatuhkan kerajaan

Nazri jawab Zahid, jaga rakyat bukan dengan jatuhkan kerajaan

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyanggah kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang kewajipan seorang wakil rakyat.

Nazri menegaskan menjaga rakyat seperti yang dikatakan oleh Zahid bukan dengan cara menjatuhkan kerajaan ketika sedang bertempur melawan COVID-19.



Hujah beliau, Menteri-menteri dari UMNO yang banyak terlibat dalam urusan menangani COVID-19 dan sedang berusaha menjaga kepentingan rakyat yang ditimpa kesusahan.

“Jaga rakyat bukan dengan cara menjatuhkan kerajaan waktu kita sedang lawan COVID-19. Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang jadi menteri berusaha menangani COVID-19,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.

“Selain banyak Menteri dari UMNO yang menguruskan hal COVID-19, mereka juga berusaha membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan.

“Kalau Zahid kata kerajaan gagal maka UMNO jugalah yang gagal dan sekarang Zahid nak suruh UMNO lari dari tanggungjawab kepada rakyat,” katanya.



Dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Rabu, Zahid berkata kumpulan Ahli Parlimen UMNO yang masih lagi menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dinasihatkan untuk menginsafi kewajiban sebenar mereka.

Semua ketua parti dalam PN mengadap PM petang ini

Menurut Ahmad Zahid, Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong PN dan Muhyiddin perlu memahami erti wakil rakyat yang sebenar – iaitu wakil kepada rakyat, bukan wakil kepada yang gagal menjaga rakyat.



Selain itu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, kumpulan berkenaan juga digesa untuk menginsafi kewajipan mereka sebagai wakil rakyat daripada UMNO, iaitu sentiasa memihak kepada rakyat, mengutamakan rakyat dan mementingkan rakyat.

Sebelum ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa kecewa apabila ada pemimpin yang mengganggu kerajaan dan berebut kuasa di saat rakyat dalam keadaan susah dan gelisah berhadapan dengan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Sultan Ibrahim menyeru kepada semua pemimpin Islam terutama yang berbangsa Melayu di negara ini supaya menginsafi bahawa segala kuasa pemerintahan itu adalah hak Allah S.W.T.

Nazri jawab Zahid, jaga rakyat bukan dengan jatuhkan kerajaan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Agong titah Muhyiddin percepat sidang Parlimen -Sumber



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker