Umno tak berhasrat pecat MP sokong PN

Sebaran :

Ahmad: Umno tak berhasrat pecat MP sokong PN

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata parti itu tidak akan memecat ahli parlimen mereka yang masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), walaupun Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan menolak PN dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ahmad juga menafikan dakwaan bahawa parti itu telah mengeluarkan surat “ugutan” kepada ahli parlimen yang masih menyokong PN.

“Ada kata surat itu ugutan. Itu bukan ugutan, ia ingatan mengenai tata etika ahli untuk ikut keputusan parti.

“Umno tidak berhasrat memecat. Kita berhasrat untuk mengingatkan (mereka) kepada Perlembagaan parti. Itu hasrat surat saya yang sudah diberikan kepada mereka, kawan-kawan saya juga,” katanya dalam satu program temu bual disiar di Facebook Umno Online malam tadi.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Ahmad telah mengirim surat kepada semua anggota parlimen Umno untuk menggesa mereka menyatakan pendirian terhadap PN dan Muhyiddin sebagai perdana menteri, sebelum 7 Ogos.

Pada 3 Ogos, sekumpulan ahli parlimen Umno yang diketuai oleh presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa mereka menarik balik sokongan terhadap pentadbiran PN dan Muhyiddin.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dua menteri Umno – Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad – juga telah mengundurkan diri dari kabinet Muhyiddin, dengan alasan mereka menyokong keputusan kepemimpinan parti.

Umno juga baru-baru ini mendedahkan 13 surat dari ahli parlimen yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, yang menyatakan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Setakat laporan ini ditulis sebanyak 15 ahli parlimen Umno dikatakan telah memutuskan kerjasama dengan kerajaan PN dan Muhyiddin.

Dengan itu sokongan Muhyiddin di Dewan Rakyat kini berkurang kepada 100 ahli sahaja, iaitu kurang 11 untuk mendapat majoriti mudah di parlimen.

Namun, Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh sebelum ini menegaskan masih mempunyai majoriti di parlimen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos. Mk

Umno tak berhasrat pecat MP sokong PN

Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?


Sebaran :

Leave a Reply