‘Allah Sayang Sangat Dengan Ibu, Dia Tak Akan Pulangkan’, Saat Shuib Terangkan Kepada Anak Anaknya.[VIDEO]
‘Allah Sayang Sangat Dengan Ibu, Dia Tak Akan Pulangkan’, Saat Shuib Terangkan Kepada Anak Anaknya.[VIDEO]
Hiba dan sayu. Frasa tersebut yang sesuai menggambarkan perasaan sepanjang menonton video ketika Shuib memberitahu anak-anaknya bahawa ibu mereka, Allahyarham Siti Sarah sudah tiada lagi di dunia.
Video sayu berdurasi lapan minit 30 saat itu memaparkan Shuib ketika pertama kali bertemu dengan anak-anaknya selepas pulang daripada majlis pengebumian isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.
Dalam video tersebut, Shuib dilihat cuba menenangkan dan memeluk erat tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 serta Ariq Matin, 6, yang menangis teresak-esak selepas diberitahu bahawa ibu kesayangan mereka sudah pergi menghadap Ilahi.
VIDEO DIBAWAH:-
“Betul ke apa yang tulis dalam video tu daddy?” soal Uwais ketika membaca tajuk sebuah video yang tertulis ‘anak-anak belum tahu ibu mereka sudah tiada’ kepada bapanya.
Tidak menunjukkan dirinya terlalu sedih, Shuib menjelaskan tentang situasi sebenar kepada anak-anaknya dengan nada yang cukup tenang.
“Uwais, Talita dan Matin, kita kena sembahyang doakan ibu sebab dia tak akan balik lagi. Kita tak akan jumpa ibu sebab dia dah tiada dalam dunia dan sekarang berada dalam syurga.
“Sebenarnya anak-anak daddy dah buat yang terbaik, doa dan sembahyang hari-hari cuma Allah lagi sayang serta terlalu suka dengan ibu. Ibu bukan daddy punya tapi Allah punya,” katanya memujuk tiga anaknya yang terkejut menerima berita tersebut ketika itu.
Cuba menenangkan hati tiga cahaya matanya, ahli kumpulan Sepahtu itu turut memberitahu bahawa dia akan membawa anak bongsunya, Ayash Affan yang kini dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Kita dah minta dengan Allah SWT supaya pulangkan ibu tapi Dia sukakan ibu. Nanti daddy bawak balik Ayash sebab ibu ganti diri dia dengan adik kamu.
“Ibu ada pesan dengan daddy, dia nak awak berempat jadi anak yang soleh, solehah, pandai mengaji dan suka sedekah. Nanti kita jumpa ibu di syurga,” katanya lagi.
Dalam ruangan komen, rata-rata penonton memberitahu tidak dapat menahan air mata mereka sepanjang menonton momen hiba tersebut.
“Ya Allah tak tahan tengok kesedihan anak-anak Shuib. Terus mengalir air mata keluar sebak betul,” komen seorang pengguna YouTube.
Semalam, negara dikejutkan dengan kematian Siti Sarah Raissuddin, 37, yang disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 di HCTM UKM pada pukul 5.13 pagi semalam.
Siti Sarah Raissuddin, 37, dikejarkan ke hospital berkenaan sejak Rabu selepas tahap oksigen dalam tubuhnya menurun dan ditidurkan sebelum melahirkan Ayash secara pembedahan pada pukul 4 petang Jumaat lalu. – K! ONLINE
‘Allah Sayang Sangat Dengan Ibu, Dia Tak Akan Pulangkan’, Saat Shuib Terangkan Kepada Anak Anaknya.[VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- ROS maklumkan MT Umno hanya caretaker hingga selesai pemilihan
- Institusi raja perlu dipelihara, kuasa semak dan imbang terakhir rakyat
- Suara rakyat tak lagi bernilai jika ada isu ‘beli’ Ahli Parlimen
- Azlee Senario Kini Jual Buah-Buahan Di Pasar Tani
- Polis siasat gambar tular bendera Malaysia terbalik
- Resepi Sotong Bakar Portugis Mesti Cuba
Layari Laman Facebook MYKMU
Pemergian Arwah Siti Sarah Dapat Liputan Antarabangsa Hingga Netizen Luar Negara Turut Simpati
Arwah Siti Sarah Minta Izin Ambil Wuduk, Solat Sebelum Ke ICU
You must be logged in to post a comment.