Warga emas OKU ditemui mati, ada kesan kelar di leher

Warga emas OKU ditemui mati, ada kesan kelar di leher. Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar di leher dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Desa Cahaya, Gopeng, dekat sini, hari ini.

Mangsa berusia 74 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil di bilik tingkat bawah rumah dua tingkat yang dihuni bersama suaminya.

Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 72 tahun bagi membantu siasatan.



Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, kira-kira jam 7.30 pagi, pengadu (cucu lelaki pasangan itu) menerima panggilan telefon daripada datuknya menyatakan neneknya telah meninggal dunia.

“Pengadu bersama ibu dan adiknya telah pergi ke rumah berkenaan dan melihat neneknya tidak sedarkan diri dengan kesan kelar di leher,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, turut ditemui sebilah pisau di tepi mayat si mati yang dipercayai digunakan semasa kejadian.

Katanya, si mati merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) lumpuh separuh badan kerana mengidap penyakit strok, kencing manis, darah tinggi dan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.



Suspek pula, kata beliau, pengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan perlu berjalan menggunakan tongkat.

Tambahnya, mereka tinggal berdua di rumah berkenaan dan pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk di tempat kejadian.

Katanya, kali terakhir anak perempuan mangsa menemui ibunya di rumah tersebut adalah kira-kira jam 8 malam tadi (Ahad) dan tiada perkara yang mencurigakan berlaku.

Bedah siasat akan dijalankan di Unit Patologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Warga emas OKU ditemui mati, ada kesan kelar di leher

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir, Mukhriz beri keterangan kepada polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker