Polis akan soal Mahathir isu perarakan

Polis akan soal Mahathir isu perarakan

Polis akan menyoal siasat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tengah hari ini berhubung penglibatannya dalam perhimpunan di luar bangunan Parlimen pada Isnin lalu.

Soal siasat itu dijangka dibuat di pejabat Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, pada pukul 2.30 petang.



Mahathir, yang merupakan pengerusi penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), menyertai perhimpunan itu atas kapasitinya sebagai ahli parlimen Langkawi.

Anaknya yang juga ahli parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, akan turut disoal siasat.

Sementara itu, beberapa ahli parlimen PH akan turut disoal siasat polis di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi pagi ini.

Antara yang dipanggil adalah William Leong (PKR-Selayang), Tan Kok Wai (DAP-Cheras) dan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan sekurang-kurangnya 16 ahli parlimen pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Pada Isnin lalu, ahli parlimen pembangkang berkumpul untuk berarak ke bangunan Parlimen namun dihalang oleh pasukan Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).



Perarakan itu susulan tindakan kerajaan menangguhkan sidang khas Dewan Rakyat kerana penularan Covid-19.

Bagaimanapun, pembangkang mendakwa ia ditangguhkan kerana ketidaktentuan majoriti yang dimiliki Muhyiddin pada masa ini. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Polis akan soal Mahathir isu perarakan



Nak tahu siapa Nazri sebenar, baca kenyataan lalunya – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker