Shuib harap Siti Sarah tidak tidur lama

Hampir 30 jam koma, Shuib harap Siti Sarah tidak tidur lama

Pelawak Shuib berharap isterinya, Siti Sarah kembali sedar dan tidak tidur terlalu kerana dia dan anak-anak sedang menunggu kepulangannya di rumah.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Shuib, 36, berkata, dia juga sedar pengorbanan Siti Sarah sehingga selamat melahirkan anak keempat mereka semalam.

“Sayang i tau u dah buat yg terbaik,,,u dah fight smpi anak kita dah selamat pon dilahirkan. Ayash Affan dah bukak mata,kaki dah tendang2, tangan dah gerak 🥰 syukur alhamdulillh dan skrg u penat dan sedang tidur.

“Tp jgn tidur lama2 eh sayang,,,i,anak2 dan family semua rindu u,semua menunggu u dkt rumah sayang…jgn tido lama sgt tau,kuat kan semangat dan buka mata ok 🙏 love u sayang @sitisarahraissuddin mohon semua terus mendoakan sarah ya 🙏🙏🙏,” tulisnya.

Siti Sarah kini hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi semalam.

Pada sebelah petang, dia ditidurkan bagi melahirkan bayi dalam kandungan secara pembedahan untuk mengelakkan lebih banyak risiko.

Rabu lalu, penyanyi lagu Kesetiaan itu yang sarat hamil tujuh bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun,

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Pasangan itu berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Shuib harap Siti Sarah tidak tidur lama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker