Mengait Bukan Sahaja Hilangkan Stres Tetapi Boleh Kurangkan Rasa Cemas Dan..

Mengait Bukan Sahaja Hilangkan Stres Tetapi Boleh Kurangkan Rasa Cemas Dan..

PENULARAN foto dan video atlet Olimpik, Tom Daley yang ralit mengait bagi mengisi masa lapang ketika menyertai temasya Olimpik Tokyo 2020 mencuri perhatian dunia.

Tom mengakui sejak dunia dilanda pandemik, dia lebih banyak menghabiskan masa dengan mengait kerana ia aktiviti membantunya berasa tenang dan fokus.



Ia juga terbukti dalam sukan renang disertainya dan tidak hairan atlet berasa dari United Kingdom itu meraih emas pada Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Tidak hanya membuat seseorang tenang, mengait sebenarnya memiliki pelbagai kelebihan termasuklah;

atlet-tom-daley-merajut-di-tengah-pertandingan-olimpiade-tokyo-4_169



1. Mengurangkan tekanan

Mengait merupakan aktiviti yang memerlukan tumpuan dan ia sekaligus dapat mengurangkan tekanan dan gangguan penyebab stres.

2. Meningkatkan kecerdasan

Seperti otot, otak pun perlu dilatih dan mengait adalah salah satu latihan otak. Mengait melatih otak untuk berfikir dan fokus.

3. Mengurangkan rasa cemas

Ketika mengait, anda perlu memastikan lengan dapat bergerak dengan baik bagi mencipta jahitan yang kemas dan cantik.

Gerakan ini sebenarnya mampu menciptakan zon selamat dan nyaman pada seseorang yang mempunyai masalah kebimbangan melampau (anxiety)



3d0efdfc-0933-45b8-9d72-b4a122207128_169

4. Meningkatkan keyakinan diri

Ketika mengait, seseorang mempelajari kemampuan baharu sekaligus membuatkan kita berasa bangga dan berkeyakinan.

5. Mengasah kreativiti

Ketika mengait, anda turut meluahkan kreativiti menerusi inspirasi tertentu dan ia sekaligus mengasah bakat yang mungkin kita tidak sedar sebelum ini.

Mengait Bukan Sahaja Hilangkan Stres Tetapi Boleh Kurangkan Rasa Cemas Dan..




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kontena mayat cukup, nak masuk beri nama [VIDEO]



Pemenang Pingat Emas Tom Daley Sempat Lagi Mengait Beg Pingat Curi Perhatian Penonton

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker