UMNO mahu PM baharu, tapi bukan dari PH

UMNO mahu PM baharu, tapi bukan dari PH

UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 7 Julai lalu kerana mahu seorang Perdana Menteri baharu sementara dilantik untuk tempoh terhad.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Perdana Menteri baharu itu akan memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani COVID-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi serta imunisasi dapat disegerakan.

“Selepas berjaya mencapai tahap imuniti kelompok, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan,” katanya kepada BH, hari ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beliau mengulas keputusan MKT UMNO pada 7 Julai lalu yang membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat kuasa serta-merta.

Pada 3 Ogos lalu, MKT UMNO membuat ketetapan baharu menarik balik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

Ahmad berkata, berdasarkan keputusan pada 7 Julai lalu, UMNO memutuskan PRU adalah langkah yang membolehkan kerajaan yang stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan.

Mengenai kerjasama dengan parti lain, katanya MKT UMNO tetap dengan pendirian tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri atau kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-Pakatan Harapan (PH). BH

UMNO mahu PM baharu, tapi bukan dari PH

Kenapa 2 surat berbeza JPPM berkait pemilihan parti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker