Budak maut jatuh van, kekasih ibu ditahan

Seorang lelaki ditangkap bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia selepas lebih 10 hari bertarung nyawa akibat terjatuh dari sebuah kenderaan di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kaunter aduan Balai Polis Telok Kemang telah menerima panggilan pada pukul 10.05 malam, 24 Mac lalu daripada Hospital Port Dickson memaklumkan terdapat seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan kritikal kerana terjatuh dari kenderaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 8.30 malam, 15 Mac lalu ketika seorang lelaki berusia 38 tahun ingin membuka pintu van semasa berhenti di sebuah kedai.

“Ketika itu lelaki itu dalam perjalanan dari Taman Anggerik ke Taman Mayung, Telok Kemang. Ekoran kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan lebam di beberapa bahagian anggota badan.

“Pada pukul 6.04 petang semalam, mangsa telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Aidi Sham, satu tangkapan dibuat terhadap lelaki terbabit yang dipercayai teman lelaki ibu mangsa dan mempunyai hubung kait dengan kejadian tersebut kira-kira pukul 8.30 malam semalam di kediaman suspek di Bandar Sunggala.

Menurutnya, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah, manakala ujian saringan air kencing suspek adalah negatif.

“Suspek direman selama enam hari sehingga 1 April ini. Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan ke Jabatan Perubatan Forensik HTJ mendapati saudara mara keluarga mangsa sudah memenuhi pekarangan lokasi berkenaan sejak pagi.

Seorang saudara keluarga kanak-kanak perempuan berkenaan yang tidak ingin dikenali berkata, dia mengetahui kejadian berkenaan pada petang semalam sebelum berbuka puasa.

“Kejadian ini dimaklumkan melalui aplikasi WhatsApp. Kami pun tak pasti bagaimana kejadian ini berlaku dan masih terkejut. Ikutkan kami memang berasal dari Negeri Sembilan, namun bukanlah dari Port Dickson,” katanya.

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan yang merupakan anak bongsu akan dikebumikan di Kajang, Selangor

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker