Ibadah di bulan Syaaban seperti dilakukan Rasulullah s.a.w.

Ibadah di bulan Syaaban seperti dilakukan Rasulullah s.a.w.

Bulan Syaaban merupakan pintu gerbang memasuki bulan Ramadan. Dalam beberapa riwayat disebutkan bahawa bulan Syaaban merupakan bulan di mana amal soleh setiap hamba diangkat ke langit akan tetapi bulan ini sering pula dilalaikan oleh ramai orang.

Dari Usamah bin Zaid berkata, “Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau puasa di satu bulan lebih banyak melebihi bulan Syaaban” Baginda s.a.w. menjawab,



“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rejab dan Ramadan. Ini adalah bulan di mana amal-amal diangkat menuju Rab semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam keadaan berpuasa” (HR an-Nasai & Ahmad)

Menurut ulama, barangsiapa yang membiasakan diri beribadah di bulan Syaaban dengan bersungguh-sungguh maka ia akan memperoleh kemenangan dalam bulan Ramadan dengan melakukan kebiasaan-kebiasaan baik.

Inilah antara ibadah yang paling disukai Baginda s.a.w. apabila memasuki bulan Syaaban. Baginda s.a.w. akan memperbanyakkan berpuasa kerana Baginda mahu apabila amalnya diangkat ke langit nanti dia dalam keadaan suci bersih kerana fadilat dari berpuasa.

Selain itu terdapat juga riwayat lain dari Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha berkata,



“Rasulullah s.a.w. banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Adakala beliau berpuasa sebulan penuh pada bulan Syaaban

Mankala dalam riwayat yang lainnya menyebutkan puasa Rasulullah s.a.w. pada bulan Syaaban adalah sedikit.

Adapaun ibadah puasa yang dilakukan Baginda s.a.w. dalam bulan Syaaban ini menunjukkan bahawa bulan ini adalah bulan yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ia sebagaimana riwayat dari Abu Hurairah r.a. bahawa Baginda s.a.w. bersabda,

“Jibril mendatangiku pada malam pertengahan bulan Syaaban seraya berkata,



“Wahai Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat telah terbuka. Maka bangunlah untuk solat dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu (berdoa) ke langit” Rasulullah bertanya,

“Malam apakah ini wahai Jibril?” Jibril menjawab,

“Inilah suatau malam di mana terbuka 300 pintu rahmat dan ampunan. Maka Allah mengampuni semua orang yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali para tukang sihir, ahli nujum, tukang minum minuman keras, tukang zina, pemakan riba, orang yang durhaka terhadap kedua orang tuanya, pemfitnah, dan orang yang memutuskan hubungan keluarga. Mereka tidak akan diampuni sehinggalah mereka bertaubat”

Maka Rasulullah keluar (dari rumah) untuk menunaikan solat. Ketika sujud beliau menangis seraya berdoa, “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari azab Mu dan kemarahan Mu. Aku tidak dapat menghitung (banyaknya) puji-pujian bagi Mu sebagaimana Engkau telah memuji diri Mu sendiri. bagi Mu segala puji sehingga Engkau reda”



Adapun ulama berbeza pandangan dalam hal ibadah puasa Baginda s.a.w. ketika bulan Syaaban. Sebahagian ulama mengatakan Nabi s.a.w. berpuasa Syaaban secara penuh di sebahagian tahun sahaja. Manakala di sebahagian tahun lain Baginda berpuasa sedikit. Ini menggambarkan Baginda s.a.w. tidak berpuasa penuh pada setiap kali bulan Syaaban.

Walaupun berlaku dua keadaan berbeza, namun hakikatnya umat Islam tetap digalakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban dan memperbanyakkan amalan soleh serta memohon keampunan kepada Allah dalam bulan Syaaban berdasarkan hadis yang dinyatakan di atas.

Sebaiknya rebutlah peluang pada bulan Syaaban ini dengan banyak berpuasa sunat sebagai persediaan memasuki bulan Ramadan. Walau bagaimanapun tidak digalakkan berpuasa selepas masuk separuh Syaaban. Wallahu a’lam Utv

Ibadah di bulan Syaaban seperti dilakukan Rasulullah s.a.w.



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker