Sejak Bila Ada Dua Majlis Pemulihan Negara? – Asyraf Wajdi
Sejak Bila Ada Dua Majlis Pemulihan Negara? – Asyraf Wajdi
“Maaf, saya keliru. Apakah negara hari ini ada dua Majlis Pemulihan Negara (MPN)?”
Demikian luahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkenaan MPN yang diadakan semalam secara maya yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Satu yang dipengerusikan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, satu lagi Tun Dr Mahathir. Dua-dua dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Dua-dua dapat liputan langsung media arus perdana.
“Pandangan saya, nak tangani krisis sebesar pandemik ini, molek disatukan sahaja,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.
Asyraf juga malah menyoal dengan penambahan lantikan menteri penasihat iaitu timbalan presiden Bersatu meskipun saiz anggota Kabinet ketika ini adalah besar.
“Kalau pengalaman di UK dan Australia, dibentuk War Cabinet yang dikecilkan jumlah Kabinet sedia ada dan disertakan ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menunjukkan kesatuan dan kebersamaan semua dalam menangani satu-satu krisis besar seperti peperangan, pandemik virus kuku dan mulut, Brexit dan lain-lain.
“Kita pula di Malaysia, dibesarkan lagi Kabinet dan ada dua pula MPN,” ujar beliau – UMNO Online
Sejak Bila Ada Dua Majlis Pemulihan Negara? – Asyraf Wajdi
Baca Artikel Menarik :
- Hari itu kata 40, kini cuma 31
- Siti Sarah Kritikal, Bacaan Yasin Dan Doa Diadakan – Pengurus
- Undi Percaya, Kenapa Bulan September?
- Penasihat Khas Baharu Muhyiddin Bertaraf Penipu?
- Najib : Saya sanggup sokong PN kalau…
- Lagi pelawak terkenal buat onar
- Punca Rumah Rasa Bahang Walau Ada Kipas Dan Aircond
Layari Laman Facebook MYKMU
Ketua Pemuda PH meninggal dunia akibat Covid-19