Musang King yang bernilai RM5 bilion

Sebaran :

Musang King yang bernilai RM5 bilion

Musang oh musang!

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

Bukan musang biasa-biasa tetapi musang bernilai RM5,000 juta atau RM5 bilion.

Cuba bayangkan berapa banyak boleh dihasilkan kerajaan negeri dan nikmat diperoleh rakyat jika hasil cukai dikutip sepenuhnya tanpa ketirisan.

Satu pokok durian musang king menghasilkan purata 100 biji buah – satu biji durian purata berat dua kilogram dengan harga purata RM40 sekilogram.

Ini bermakna, purata pendapatan adalah RM8,000 semusim dan kalau ‘menjadi’ tiga musim pendapatan daripada sebatang pokok adalah RM24,000 setahun.

Kalau ada 10 pokok, pendapatan mencecah RM80,000 dan kalau tiga musim, pendapatan setahun adalah RM240,000.

Itu kalau 10 pokok, jika ada seekar (0.4 hentar) tanah yang boleh ditanam sehingga 45 pokok, maka hasilnya RM360,000 semusim atau 1.08 juta setahun.

Jutawan – itulah yang boleh disimpulkan apabila melihat fakta dan pengiraan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jika dilihat di daerah Raub, pada tahun lalu terdapat lebih 600,000 pokok durian musang king dikenal pasti ditanam di kawasan seluas 9,826 hektar, yang mana jika satu pokok menghasilkan RM8,000 sebanyak RM4.8 bilion boleh dijana.

Penolong Pegawai Pertanian Raub, Badrulhisham Mohamad berkata, tahun lalu sahaja, jumlah pengeluaran durian yang direkodkan di daerah itu adalah 81,996 metrik tan dengan hasil jualan RM1.493 bilion (tidak termasuk yang tidak direkodkan).

Pertanian adalah sektor pen­ting di Raub dengan 32 peratus daripada 234,000 hektar kawasan di daerah itu dikenal pasti sesuai dengan pertanian terma­suklah durian musang king.

Jadi, tidak hairanlah apabila tanah di daerah itu termasuk hutan simpan menjadi buruan ba­nyak pihak untuk ditanam dengan durian musang king.

Ini termasuk orang luar yang datang untuk mencari dan membeli tanah daripada penduduk.

Namun, isu pencerobohan kawasan hutan simpan bukanlah perkara baharu kerana peng­u­saha sanggup menanggung risiko tindakan undang-undang. Semua itu disebabkan habuan yang bakal diperoleh termasuk menjadi seorang jutawan.

Malah, kegilaan menanam durian di Pahang bukan sahaja di Raub, tetapi juga seluruh negeri termasuk di Beserah, Kuantan yang mana kawasan tanah di situ dikatakan sesuai dengan spesies durian hijau Beserah.

Ini dapat dilihat apabila kawasan hutan berbukit di kawasan itu kini bernilai RM300,000 bagi 0.4 hektar angkara durian hijau yang mampu dijual mencecah RM50 sekilogram.

Difahamkan juga banyak ta­nah-tanah penduduk telah dijual kepada tauke-tauke durian yang berjaya mengaut keuntungan.

Hakikatnya, potensi besar durian di Pahang ini telah menarik minat ramai tauke-tauke besar untuk melabur dan membeli ta­nah selain pencerobohan hutan untuk tanaman durian.

Seharusnya potensi ini dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri dan juga meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Mungkin pelaksanaan penanaman durian berkelompok melibatkan penduduk setempat di kawasan tanah-tanah kerajaan mampu meningkatkan pendapatan dan membantu penduduk selain memastikan hasil kerajaan negeri tidak bocor.

Bagaimanapun tindakan tegas perlu diteruskan lagi bagi membersihkan kebun-kebun durian haram sama ada di hutan simpan atau tanah kerajaan, jangan hanya dibiarkan satu dua tauke sahaja mengaut keuntungan tanpa membayar hasil atau kutipan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN juga perlu bekerja keras mengenal pasti tauke-tauke jutawan ini, malah dalam isu ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu lebih bekerja keras dalam isu pencerobohan hutan.

Bagi penduduk yang ada tanah walau sekangkang kera janganlah mudah dijual kepada tauke-tauke yang akan mendapat keuntungan sehingga ke anak cucu mereka.
Janganlah nanti tanah dipijak milik orang. K Online

Musang King yang bernilai RM5 bilion

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut


Sebaran :

Leave a Reply