Dituduh pencetus varian Delta, warga emas ditahan
Dituduh pencetus varian Delta, warga emas ditahan
Seorang wanita warga emas dari Nanjing, China ditahan polis atas tuduhan mencetuskan wabak Covid-19 varian Delta di negara itu.
Menurut Biro Keselamatan Awam Bandar Yangzhou, wanita yang dikenali sebagai Mao didapati melanggar peraturan kawalan pandemik Covid-19 dan undang-undang pencegahan penyakit berjangkit.
Jelasnya, tindakan Mao itu menyebabkan 94 penduduk tempatan termasuk adik perempuannya dijangkiti varian Delta.
Dilaporkan, Mao melakukan perjalanan sejauh 100 kilometer (km) untuk ke rumah adiknya yang terletak di Yangzhou tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa di kawasan perumahannya.
Mao bertolak dari Nanjing untuk ke Yangzhou pada 21 Julai lalu.
Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan notis yang mewajibkan semua penduduk untuk melaporkan sejarah perjalanan pada 21 hingga 27 Julai lalu.
Namun, Biro Keselamatan Awam memaklumkan Mao tidak berbuat demikian.
Mao ketika berada di Yangzhou dilaporkan telah mengunjungi beberapa tempat seperti restoran, kedai, klinik dan pasar sehingga menyebabkan penularan varian Delta.
Berdasarkan data dari statistik epidemiologi, kira-kira 64 peratus kes varian Delta di Yangzhou mempunyai kaitan dengan kawasan tersebut.
Bermula semalam, penduduk di Yangzhou menjalani ujian saringan Covid-19.
Dibawah kawalan ketat, mereka juga dilarang keluar rumah untuk mengelakkan penularan varian Delta. Utusan
Dituduh pencetus varian Delta, warga emas ditahan
Baca Artikel Menarik :
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
- Muhyiddin khttps://https//mykmu.net/2021/08/03/saya-sayang-parti-dari-jawatan-shamsul/ekal PM, bergabung dengan Pejuang, Warisan?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.