Lelaki Tidak Sedari Tertelan Berus Gigi

Sebaran :

Lelaki Tidak Sedari Tertelan Berus Gigi

Beijing: Disebabkan mengantuk menyebabkan seorang lelaki di wilayah Jiangsu, tertelan berus gigi

Lelaki itu menceritakan kepada doktor dia bangun dan menggosok gigi seperti kebiasaannya sebelum bersarapan.

Namun, ketika menggosok gigi dia memaklumkan berasa sangat mengantuk dan tidak menyedari tertelan berus gigi.

Ketika sedang menggosok gigi geraham, dia mengakui terlepas berus gigi lalu tertelan.

Oddity Central melaporkan lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu panik dan cuba untuk mengeluarkan berus gigi.

Usahanya bagaimanapun tidak berjaya, malah berus gigi itu terus masuk ke bahagian lebih dalam rongga tekaknya.

Dia kemudian segera pergi ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan untuk mengeluarkan berus gigi itu.

Doktor kemudian menjalankan prosedur gastroskopik untuk mengeluarkan berus gigi itu.

Disebabkan berus diperbuat daripada plastik, ia sedikit menyukarkan doktor kerana ia licin dan sukar digenggam alat gastroskopik.

Selepas beberapa kali percubaan, berus gigi itu akhirnya berjaya dikeluarkan dari dalam perut lelaki terbabit.

Doktor dari Hospital Taizhou berkata, lelaki itu bertindak tepat kerana mendapatkan rawatan segera di hospital.

“Jika dibiarkan dan menggunakan perubatan tradisional seperti minum cuka dan menelan beras, ia pasti memberi kesan lebih serius kepada tubuhnya,” katanya.

Lelaki Tidak Sedari Tertelan Berus Gigi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Yang degil masih sokong, sedang mencari nahas

Noor Hisham tersepit, dipersoal berat sebelah


Sebaran :

Leave a Reply