Selepas ayah, ibu Irwansyah pula meninggal dunia akibat COVID-19
Belum hilang duka dan kesedihan kehilangan ayah, Umar Efendi akibat COVID-19 pada 8 Julai lalu, hari ini, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah terpaksa melepaskan ibunya pula, Herlianah.
Herlianah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas beberapa minggu bertarung nyawa di hospital.
Berita sedih itu dikongsi oleh isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar dalam akaun Instagramnya.
“Kumpul di Syurga Insya-Allah ya Ma. Allahummagfir laha warham ha wa’aafi ha wa’fu anha,” tulisnya.
Irwansyah dalam wawancara di saluran YouTube, The Sungkars Family memberitahu, ibunya yang sebelum ini koma sempat sedar ketika diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran.
“Ketika diperdengarkan bacaan murattal, tiba-tiba mama bangun membuka matanya. Mama memberi isyarat mengatakan yang dia masih hidup,” kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu Pencinta Wanita itu lagi.
Allahyarham ibu dan ayah Irwansyah dikenali sebagai pasangan yang sangat romantik dan merupakan penyokong kerjaya seni anak mereka.
Irwansyah juga sebelum ini disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri.
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
Zahid cabar Muhyiddin panggil Sidang Khas segera buktikan majoriti
You must be logged in to post a comment.