Kepada siapa Najib bermadah ‘ada bersama ketika senang, ada bersama ketika susah’

Sebaran :

 

Ada yang bersama ketika senang.

Ada yang bersama ketika susah.

Namun, tidak ramai yang kekal kerana siapa hendak susah jika boleh senang?

Mereka yang hanyut dalam keselesaan akan terus dikaburi oleh keselesaan.

Lihatlah keadaan kita hari ini.

Siapa boleh terima rakyat sengsara, rakyat hilang nyawa?

Maaf. Saya tidak boleh.

“Fokus pada Covid. Jangan ganggu kerajaan”

Sudah setahun lebih kita dengar.

“Negara semakin menghampiri kejayaan mengurus Covid”

Serius? Cuba balik ke kawasan masing-masing dan laungkan ini kepada rakyat.
Pergilah.

Rakyat akan tepuk bahu dan kata “betul, syabas, good job, PN terbaik”?

Permainan kata-kata sebegini lebih elok simpan dan guna dalam bengkel motivasi korang, sekali dengan joget.

Bukan dalam pentadbiran negara dan komunikasi bersama rakyat.

Kepimpinan kerajaan jelas telah membuat kesilapan demi kesilapan.

Gagal mengambil langkah tepat pada masa yang bersesuaian.

Gagal melindungi nyawa rakyat.

Gagal mengurus ekonomi dan memenuhi keperluan kebajikan rakyat.

Siapa nak sokong?

Jika ada yang beritahu selamat jalan, kita terima.

Kerana kita pilih untuk berjalan bersama rakyat.

Dulu, kini, selamanya.

Prinsip perjuangan saya Najib Razak – RAKYAT DIDAHULUKAN.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Yang degil masih sokong, sedang mencari nahas


Sebaran :

Leave a Reply