Olimpik Tokyo: Virus Covid serang atlet renang berirama Greece

PENGANJUR sukan Olimpik Tokyo 2020 mengesahkan bahawa pasukan renang berirama Greece akan diketepikan daripada saingan acara tersebut berikutan lima daripada 12 orang ahlinya positif Covid-19 hari ini.

Jurucakap penganjur kejohanan, Takaya Masa menyatakan, kesemua atlet berkenaan telah dikeluarkan daripada perkampungan sukan dan kini dalam proses kuarantin.

“Kami akan mengetatkan lagi pemantauan terutamanya di perkampungan sukan.

“Pasukan Greece melakukan pengorbanan besar dan menghadapi kesukaran ketika datang ke Jepun. Berita ini pasti menghampakan semua pihak,” katanya.

Penganjur memberitahu, sebanyak 29 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dan merupakan angka harian tertinggi melibatkan kesemua yang terlibat dalam sukan Olimpik Tokyo.

Sehingga hari ini, sebanyak 327 kes Covid-19 melibatkan sukan Olimpik dilaporkan termasuk 32 kes daripada perkampungan sukan.

Olimpik Tokyo: Virus Covid serang atlet renang berirama Greece


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Olimpik Tokyo: Azizulhasi, Muhammad Shah Firdaus berjaya ke pusingan ketiga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker