Ibu jual lapan anak demi dadah ditahan

Ibu jual lapan anak demi dadah

Seorang wanita di Brazil ditahan polis kerana didakwa menjual lapan daripada 10 anak kandungnya sendiri semata-mata untuk membeli dadah, lapor akhbar The Sun semalam.

Suspek tersebut, Marilza Medeiros da Conceicao berasal dari bandar Sao Pedro da Aldeia.

Media tempatan, Metropoles melaporkan bahawa perbuatan kejinya dihidu pihak berkuasa selepas dia menjual anak perempuannya yang berusia setahun setengah untuk mendapatkan sepeket dadah pada April tahun lalu.

Kanak-kanak itu diserahkan kepada sebuah keluarga di wilayah Saquarema, Região dos Lagos. Mangsa dijual pada harga £27.60 (RM162).

Semasa sial siasat, wanita tersebut dikatakan mengakui dia menjadikan anaknya sebagai bayaran bagi mendapatkan bekalan dadah, manakala perbuatannya diklasifikasikan sebagai jenayah narkotik.

Susulan kejadian itu, polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti sama ada wanita itu turut menjual tujuh anaknya yang lain.

Ini kerana daripada 10 anak suspek yang didaftarkan, hanya dua dikenal pasti keberadaan mereka. Dua anak tersebut masing-masing dijaga oleh suspek dan ayah kandung mereka.

“Siasatan sudah bermula sejak April tahun lalu apabila suspek menjual anak perempuannya yang berusia setahun setengah.

“Wanita itu memiliki 10 anak lagi tetapi hanya seorang yang bersamanya manakala seorang lagi bersama ayahnya jadi kami sedang menyiasat adakah anak-anak lain menjadi mangsa sindiket jualan dadah,” kata Junior. K Online

Ibu jual lapan anak demi dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker