Yob ‘rehatkan sementara’ Yee Fatt

Yob ‘rehatkan sementara’ Yee Fatt . KELAB tangga ke-11, Liga Super, Perak FC mengambil tindakan drastik ‘merehatkan sementara’ pengendali The Bos Gaurus, Chong Yee Fatt berkuat kuasa Isnin, dengan tanggungjawab mengemudikan kelab kini digalas penolong jurulatih, Shahril Nizam.

Menurut pengurusan Perak FC, kelab mengambil keputusan ‘merehatkan sementara’ Yee Fatt sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian selepas mempertimbangkan situasi semasa dan mengambil kira cadangan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

“Sepanjang tempoh itu, Penolong Jurulatih Perak FC, Shahril Nizam akan mengambil alih tugas Yee Fatt.“



Pengalaman luas Shahril Nizam bersama skuad Perak sejak 2017 diyakini dapat membantu skuad mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini, seterusnya bangkit memperbaiki kedudukan dalam carta liga,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Perak FC pada Isnin.

Perak FC yang kini berada di tangga kedua liga daripada 12 pasukan mengumpul 13 mata selepas mengharungi 16 perlawanan sekadar melakar tiga kemenangan, empat seri dan sembilan kekalahan.

Yob ‘rehatkan sementara’ Yee Fatt


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Olimpik Tokyo: Chen Long gigit jari, Axelsen pulang dengan emas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker