Olimpik : Hoy raih pingat pada usia 62 tahun

Olimpik : Hoy raih pingat pada usia 62 tahun

TOKYO: Atlet ekuestrian Australia, Andrew Hoy muncul pemenang pingat tertua Sukan Olimpik sejak 1968 apabila memenangi perak acara eventing berpasukan di Tokyo 2020 semalam.

Ia pingat Olimpik kelima buat ekuin berusia 62 tahun itu – tiga daripadanya adalah emas tetapi yang pertama sejak Sydney 2000.

Hoy kemudian menambah pingat gangsa dalam koleksinya menerusi eventing individu di Tokyo.

“Saya sebenarnya bangga bila orang berkata, betapa tuanya saya kerana ketika menceburi sukan ini saya bangga apabila menjadi ahli termuda dalam pasukan.

“Apabila orang berjumpa saya di Perkampungan Olimpik mereka akan bertanya, ‘Adakah anda seorang pegawai?’.

“Saya akan jawab, ‘saya seorang atlet’,” kata Hoy yang meraih pingat Olimpik pertamanya di Barcelona 1992.

Hoy bagaimanapun masih belum mengatasi rekod atlet Switzerland, Louis Noverraz yang memenangi perak acara pelayaran pada usia 66 tahun di Olimpik Mexico City 1968. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Olimpik : Hoy raih pingat pada usia 62 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker