Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang

Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah tumbang.

Beliau mendakwa bebeberapa ahli Parlimen PN telah menyatakan untuk keluar dan menarik sokongan kepada kerajaan sedia ada.

“Dengan jumlah 107 ahli Parlimen di sini (pembangkang) ditambah ahli Parlimen lain, kerajaan sekarang sudah tumbang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu ahli-ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka setelah mereka tidak dibenarkan memasuki Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Utusan

Sementara itu, Umno Kelantan mendesak Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri susulan “penderhakaan” yang dilakukan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam isu pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen.

Pengerusi Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata, Muhyiddin sebagai ketua kerajaan Perikatan Nasional (PN) “perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas penderhakaan yang dilakukan” itu.

“Umno Kelantan amat kesal dengan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang jelas melakukan penderhakaan terhadap Agong.

“Kenyataan media Istana Negara Khamis lalu bukan sahaja mendedahkan Agong bahawa belum memperkenankan pembatalan semua Ordinan Darurat sebagaimana dakwaan Menteri Undang-Undang di Dewan Rakyat 26 Julai lalu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Jururawat cedera, ambulans terbabas

Anwar dakwa kerajaan sudah tumbang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker