Maut tersepit dalam Ford Ranger
Maut tersepit dalam Ford Ranger
MERSING – Seorang lelaki maut akibat cedera parah selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 1 Jalan Mersing – Endau berhampiran Pekan Endau pagi hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu menyebabkan mangsa, Ali K. Moideen Kutty, 59, maut di lokasi kejadian manakala isterinya, A’mariah Harun, 53, mengalami cedera.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kemalangan dipercayai berpunca dari sebuah lori jenis Mitsubitshi Fuso yang dipandu lelaki berusia 32 tahun bersama seorang kelindan dari arah Batu Pahat Johor menuju ke arah Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.
“Ketika melalui tempat kejadian di jalan selekoh pemandu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan memasuki ke laluan bertentangan.
“Ekoran itu lori berkenaan telah berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu mangsa dan isterinya yang dalam perjalanan dari arah rumah di Endau menuju ke arah kebun di Penyabong,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, lori tersebut juga telah melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan berhampiran gerai makan.
Jelasnya, akibat perlanggaran tersebut, pemandu pacuan empat roda telah tersepit di kedudukan pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Maut tersepit dalam Ford Ranger
Baca Artikel Menarik :
- Lanjut sidang khas Parlimen, gesa Ku Li
- Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil
- Penduduk kampung jerit minta Jokowi buka sekatan
- Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak
- Sajat diberi notis bankrap, gagal bayar ganti rugi
- Resepi kek coklat kukus laku keras
Layari Laman Facebook MYKMU