Berdepanlah Dengan Berani – Ahmad Maslan

Sebaran :

Krisis Politik Mesti Diselesai, Krisis Perlembagaan Ditangani… Berdepanlah Dengan Berani – Ahmad Maslan

Notis yang dikeluarkan kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat hari ini memaklumkan, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak atas alasan penularan jangkitan COVID-19.

Dalam hal ini, Setiausaha Agung UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ramai ahli Parlimen yang sudah menjangka dan banyak pihak pula berpendapat bahawa ia bukanlah sebab COVID-19.

“Krisis politik yang berlaku, mesti diselesaikan segera. Krisis Perlembagaan yang terjadi mesti ditangani.
Berdepanlah dengan berani untuk selesaikan,” katanya dalam ciapan menerusi twitternya berkaitan hal terbabit.

Jelasnya, dalam sesi Dewan Rakyat yang bermula Isnin lalu, beliau berkesempatan memberikan cadangan untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan hanya sempat memberikan 32 cadangan yang dibacakan dalam tempoh lima minit.

“Selasa 27 Julai beri 25 cadangan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba, Rabu 28 Julai dapt mencelah dua Ahli Parlimen berhubung isu vaksinasi yang dibentang Khairy Jamaluddin.

“Pada Khamis 29 Julai, sedia untuk berucap tapi Parlimen ditangguh,” maklumnya.

Terdahulu, hari ini pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Ini adalah selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu selari dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM), yang mana KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko berlakunya penularan jangkitan COVID-19. Umno Online

Berdepanlah Dengan Berani – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buktikan sokongan majoriti di Parlimen jalan terakhir PM


Sebaran :

Leave a Reply