Krisis politik, Perlembagaan harus diselesai segera

Krisis politik, Perlembagaan harus diselesai segera. Kerajaan perlu memulakan langkah dengan mencari penyelesaian bagi memulihkan semula keadaan negara.

Ini susulan kenyataan tegas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengkritik kerajaan dengan menjelaskan permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat 21 Julai lalu, dilakukan tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen.

Seri Paduka Baginda menegaskan, keadaan itu bercanggah dan mengelirukan di Parlimen kerana gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang terkandung dalam Rukun Negara.

Pada masa sama turut membelakangkan fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagi mengelak isu ini menjadi krisis, Ahli Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menggesa langkah pemulihan dimulakan kerajaan bagi mencari jalan memulihkan semula keadaan segera mungkin.

Katanya, bagi rakyat, mereka tidak mahu melihat keadaan kerajaan tidak stabil ketika berdepan krisis COVID-19.

Tidak perlu bantah di jalanan – Ismail Sabri

“Rakyat sedang bertarung dengan krisis kesihatan dan ekonomi disebabkan wabak COVID-19.

“Mereka tidak mahu wujud satu lagi krisis politik dan Perlembagaan yang menjejaskan usaha negara menangani krisis sedia ada,” katanya menulis di Berita Harian hari ini.

Selain itu, krisis politik dan Perlembagaan juga harus diselesaikan secara segera yang memerlukan intervensi pelbagai pihak termasuk istana.

“Gencatan politik dituntut rakyat. Kini terpulang kepada pemimpin politik di pihak kerajaan dan pembangkang mencari jalan terbaik memulihkan keadaan politik negara.

“Jadi Pelan Pemulihan Negara (PPN) bukan sahaja merujuk kepada menangani isu kesihatan dan ekonomi, bahkan ke atas politik Malaysia umumnya,” katanya.

Krisis politik, Perlembagaan harus diselesai segera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib ingatkan kerajaan tingkatkan had siling hutang kepada 65% untuk bantu rakyat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker