Polis, bomba sangka mayat rentung adalah patung
Polis, bomba sangka mayat rentung adalah patung dan dibuang ke tong sampah
QUEBEC: Pasukan polis dan bomba di Kanada memohon maaf selepas mereka menyangka mayat rentung yang didakwa merupakan seorang wanita hilang adalah patung dan membuangnya ke dalam tempat pembuangan sampah.
Ketua Polis Sherbrooke, Danny McConnell berkata, pasukan bomba terima laporan mengenai kebakaran di belakang sebuah kilang peralatan membuat kek di Cabana Street pada Jumaat lalu.
Selepas bomba tiba di lokasi kejadian, saksi memberitahu seseorang dipercayai membakar patung silikon di belakang kilang tersebut.
Polis dan bomba di lokasi kejadian percaya yang terbakar itu adalah patung tanpa menyedari itu adalah mayat sebenar.
Empat jam kemudian, polis menerima laporan mengenai seorang wanita hilang oleh seorang lelaki.
Siasatan dilakukan dan polis berjaya mengesan isyarat telefon bimbit wanita yang berada berhampiran tempat letak kenderaan di lokasi kebakaran terdahulu.
“Mencurigai ada yang tidak kena, polis mengambil smeula ‘patung’ yang dibuang sebelum ini dan melakukan pemeriksaan.
“Selepas diperiksa, ternyata patung itu adalah mayat sebenar dan merupakan wanita yang dilaporkan hilang oleh suaminya,” kata McConnell.
Sehubungan itu, McConnell mewakili polis memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.
Turut memohon maaf adalah Ketua Jabatan Bomba Sherbrooke, Stephane Simoneau. dan dibuang ke tong sampah. Utusan
Polis, bomba sangka mayat rentung adalah patung
Baca Artikel Menarik :
- Beza antara pembatalan Proklamasi Darurat dengan Ordinan Darurat – Prof Shamrahayu
- Permansuhan Darurat. Kuasa siapa ? [Video]
- Sumbat belut dalam anu mahu ubati sembelit
- Tiara lepas ‘gian’ selepas 17 tahun tidak berlakon
- Fara Fauzana kembali ke Hot FM
- Resepi mushroom soup garlic bread memukau
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.