Tok Mat bidas isu batal ‘Ordinan Darurat’ titik hitam sejarah

Tok Mat bidas isu batal ‘Ordinan Darurat’ titik hitam sejarah Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menyifatkan tindakan mengejutkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan Ordinan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai tidak berparlimen dan tidak berperlembagaan.

Katanya, tindakan itu turut meletakkan kedudukan mulia institusi raja pada kedudukan tidak sewajarnya.

“Institusi Parlimen telah tercemar dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini.

“Peristiwa ini adalah titik hitam dalam sejarah demokrasi berparlimen Malaysia,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau senada dengan pengkritik lain yang menggesa individu terbabit dalam tindakan itu supaya mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan segera.

Pemimpin Umno lain, termasuk bekas perdana menteri, Najib Razak dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Terdahulu, Agong mendedahkan pembatalan Ordinan Darurat yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu, tidak mendapat perkenan baginda.

Lagi gesaan gesa Muhyiddin, Azhar dan Idrus letak jawatan

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kenyataan Takiyuddin itu tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, kenyataan Istana Negara menjelaskan perkara sebenar yang pembatalan Ordinan Darurat dilakukan dengan membelakangkan Agong.

“Tindakan kerajaan, khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Peguam Negara mengundang murka Agong.

“Mereka tidak melaksanakan titah baginda agar cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen.”

Tok Mat bidas isu batal ‘Ordinan Darurat’ titik hitam sejarah


Muhyiddin tegaskan pembatalan Ordinan Darurat teratur

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker