Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak

Datuk Seri Najib Razak meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat sebagai sebagai mengambil tanggungjawab kepada masalah yang timbul.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ada tindakan kerajaan berhubung Ordinan Darurat tidak mengikut perlembagaan negara.

Katanya, urusan berkenaan membabitkan seorang ketua kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

“Pilihan yang terbaik adalah untuk Tan Sri Muhyiddin berundur secara terhormat dan mencerminkan bahawa Perdana Menteri mengambil tanggungjawab atas apa yang dilakukan atas nama kerajaan,” katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Katanya, peletakan jawatan itu adalah di antara Perdana Menteri dengan Seri Paduka dan terpulang kepada baginda untuk melantik seseorang yang mempunyai sokongan dalam kalangan Ahli Parlimen.

“Seperti saya katakan saya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

“Saya percaya tidak akan ada usul tidak percaya dan saya akan tentukan pendirian nanti. Kita tengoklah apa perkembangan pada Isnin nanti,” katanya.

Najib berkata, beliau berpendapat Ordinan Darurat perlu dibahaskan di Dewan Rakyat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Katanya, beliau berbincang dengan beberapa orang peguam berhubung isu itu dan mereka berpendapat sama sepertinya.

“Saya tidak melakukan perkara ini secara peribadi, tetapi secara prinsip. Sumpah (sebagai Ahli Parlimen) inilah adalah berat, Wallahi, Wabillahi Watallahi, ia adalah sumpah berat, saya junjung dan pertahankan” katanya. HM

Muhyiddin berundurlah secara terhormat – Najib Razak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker