KKM nasihatkan singkatkan sidang Parlimen

KKM nasihatkan singkatkan sidang Parlimen

KKM nasihat had kehadiran fizikal, singkat sidang Parlimen

Berikutan seramai 56 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen, Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu dicadangkan beliau ketika Mesyuarat Penyelarasan Bagi Urusan Berkaitan Mesyuarat Khas Bagi Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

“Mengambil kira situasi semasa COVID-19 di Malaysia, keputusan saringan dijalankan sebelum Parlimen bersidang dan bagi mencegah penularan COVID-19 ketika persidangan berlangsung, KKM mencadangkan jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam sebanyak 56 kes positif COVID-19 dikesan membabitkan dua Ahli Parlimen, pegawai pengiring (enam) dan pegawai dari pelbagai agensi kerajaan (48).

Katanya, ini menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus dan daripada 56 kes positif itu, seramai 39 orang atau 69.6 peratus adalah mereka yang belum menerima dos vaksin lengkap atau belum menerima vaksin.



“Hasil siasatan dan penilaian risiko dijalankan sehingga semalam, kes positif ini tidak mempunyai kaitan epidemiologi di antara satu sama lain.

“Justeru, individu yang disahkan positif tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen. Mereka sudah diasingkan, dirawat dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) termasuk kepada kontak rapat kes positif sebelum bermula Sidang Mesyuarat Khas Parlimen,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, siasatan masih diteruskan untuk mengesan kontak rapat kepada kes positif ini dan sehingga semalam, empat kontak rapat disahkan positif COVID-19.

Katanya, semua kontak rapat ini tidak hadir sejak hari pertama persidangan berlangsung dan sedang dalam tindakan susulan oleh pihak kesihatan.



Bagaimanapun katanya, bagi memastikan kelancaran Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin lalu, semua individu dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan sedia ada.

“KKM akan terus memantau perkembangan situasi di Parlimen. Pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) turut ditempatkan di bangunan Parlimen untuk menyelaras saringan demam dan gejala ke atas semua yang memasuki bangunan Parlimen,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam, seramai 104 individu menjalani ujian saringan kendiri Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) menggunakan sampel air liur dan mendapati kesemuanya negatif COVID-19.

Katanya, jika terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan individu yang hadir ke Parlimen, siasatan akan dijalankan termasuk pengesanan kontak dan punca jangkitan.



“Selain itu, penilaian risiko juga dijalankan untuk mengetahui sama ada terdapat penularan jangkitan berlaku di kalangan mereka yang hadir ke Parlimen dan keperluan penutupan sementara bagi menjalankan langkah pencegahan dan kawalan.

“Berdasarkan penilaian risiko dijalankan oleh pasukan kesihatan yang ditempatkan di Parlimen, buat masa ini tiada penularan jangkitan COVID-19 dikesan. Pemantauan dan penilaian risiko akan diteruskan sehingga Sidang Mesyuarat Parlimen berakhir,” katanya. BH

KKM nasihatkan singkatkan sidang Parlimen


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker