Kilang beras terkenal ‘kantoi’ tipu timbangan
Kilang beras terkenal ‘kantoi’ tipu timbangan
Sebuah kilang beras popular di Jitra didapati mengurangkan 40g daripada setiap pek 5kg keluarannya, ketika pemeriksaan mengejut oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Cawangan Kubang Pasu, Muniandy Kanan, berkata kilang itu beroperasi sejak berdekad lalu dan memiliki peralatan menimbang terkini.
“Setiap kampit beras seberat 5kg yang ditimbang oleh pegawai penguatkuasa KPDNHEP mendapati beratnya hanya 4.94kg,” katanya ketika dihubungi.
Muniandy berkata, kilang itu membungkus sekurang-kurangnya 2,000 kampit beras sehari bersaiz 5kg dengan harga RM12, selain pek 10kg dan 30kg.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati alat penimbang tidak diusik namun hasil timbangan jelas kurang daripada sepatutnya.
Katanya, syarikat itu disiasat bawah Seksyen 10 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana representasi palsu mengenai kuantiti berat yang tidak tepat, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan. FMT
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Kilang beras terkenal ‘kantoi’ tipu timbangan
Baca Artikel Menarik :
- Bekas ketua jabatan didakwa 20 pertuduhan rasuah [VIDEO]
- Sebab musang king, peniaga rugi RM414,939
- Dana politik: Kenapa perlu rahsia
- Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel
- Kerusi Zahid masih diblok kerajaan, Speaker kata tiada permohonan tukar kedudukan
- Speaker jangan berselindung di belakang Peraturan Mesyuarat