Britain berjaya capai imuniti kelompok

Sebaran :

Britain berjaya capai imuniti kelompok. LONDON: Britain sudah berjaya mencapai imuniti kelompok bagi membendung penularan wabak Covid-19 seperti dimaklumkan menteri kanan.

Namun, pakar mengingatkan virus masih belum berakhir dan boleh berjangkit pada bila-bila masa.

Bilangan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan setiap hari menyaksikan penurunan selama tujuh hari berturut-turut.

Situasi itu meningkatkan harapan terhadap negara itu ketika gelombang ketiga mula memuncak.

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson sebaliknya menegaskan keperluan meningatkan langkah berjaga-jaga walaupun bilangan kes baharu menurun.

Katanya, masih terlalu awal untuk merumuskan sebarang kesimpulan ketika ini.

Selain kempen vaksinasi besar-besaran dalam sejarah Britain, kemasukan pesakit di hospital dan kes kematian semakin menurun berbanding dengan gelombang sebelum ini yang menyebabkan perintah berkurung di seluruh negara.

Disebabkan itu, timbul spekulasi dalam kalangan anggota Kabinet bahawa UK sudah mencapai sasaran imuniti kelompok, 16 bulan daripada perintah berkurung pertama, Mac tahun lalu.

Menteri kanan yang enggan dikenali itu berkata, program vaksinasi dan jangkitan virus terhadap 5.7 juta orang bermakna virus semakin sukar mencari mangsa baharu serta imuniti kelompok sudah berjaya dicapai. -AGENSI

Britain berjaya capai imuniti kelompok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki seks luar tabii dengan kambing ditahan


Sebaran :

Leave a Reply