#KerajaanDerhaka sohor di media sosial lepas teguran Istana

#KerajaanDerhaka sohor di media sosial lepas teguran Istana Negara

Tanda pagar #KerajaanDerhaka sohor di Twitter setelah Istana Negara menegur kerajaan Perikatan Nasional dalam mengendalikan pembatalan ordinan darurat.

Setakat 6 petang, hampir 40,000 ciapan di Twitter dibuat menggunakan tanda pagar itu.

Teguran terhadap kerajaan itu telah memicu pertemuan di kediaman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, di Parlimen, persidangan ditangguhkan berualng-kali, dengan ahli parlimen mengkritik kerajaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat mengenai ordinan darurat.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sementara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa presiden Bersatu itu berundur sebagai perdana menteri.

Kerajaan kini menghadapi tuduhan derhaka kerana menentang Yang Di-Pertuan Agong.

“Tidak percaya #KerajaanDerhaka sebelum saya … sering menangkap orang untuk kononnya melindungi monarki tetapi kamu semua (kerajaan PN) adalah orang yang derhaka,” kata Michelle Yesudas, seorang peguam dan aktivis, di Twitter.

“Saya sangat marah. Ini benar-benar menjijikkan dan mengecewakan. Kami menyaksikan demokrasi kita dirampas dalam #KerjaanDerhaka,” kata seorang pengguna Twitter lain.

Istana Negara hari ini mengatakan Yang Di-Pertuan Agong sangat dukacita kerana kerajaan membatalkan ordinan darurat tanpa mendapat perkenan baginda.

Agong juga sangat dukacita kerana kerajaan menolak untuk memperbolehkan ordinan darurat diperdebatkan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan PN dilihat enggan membenarkan sebarang undian berlangsung di Parlimen ketika ini, dipercayai kerana bimbang tidak mendapat sokongan majoriti. Mk

#KerajaanDerhaka sohor di media sosial lepas teguran Istana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker