Ada 110 MP, ujilah di Parlimen – Anwar

Ada 110 MP, ujilah di Parlimen – Anwar

Uji sokongan terhadap PM di Parlimen, kata ketua pembangkang

Sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin harus diuji di Parlimen, kata Anwar Ibrahim.



Beliau yang juga ketua pembangkang membuat desakan itu pada sidang media keduanya di Parlimen dengan menyatakan hanya dengan cara itu sahaja dapat menentukan sama ada Muhyiddin mempunyai majoriti atau tidak.

Kenyataan Anwar itu susulan penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 Ahli Parlimen yang masih bersama kerajaan pada hari ini.

“Ismail Sabri dia tahu undang-undang, dia patut test (uji) di dewan. Sebab apa takut uji di dewan? Dia menteri, dia anak Pahang, dia faham tak derhaka? Dia faham tidak titah diraja? Dia faham tidak peranan Parlimen?

“Orang seperti ini berdegil berkeras derhaka dalam soal yang jelas, saya nak nasihatkan dia, baca undang-undang, hormati Perlembagaan, dan hormati titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong,” kata Anwar.
L



Dalam sidang media sama, Anwar turut memaklumkan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun dan membantah keputusannya yang mempermainkan Ahli Parlimen dengan menangguh berulang kali sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Kita beritahu kepada speaker yang mana dia baca kenyataan Istana Negara, derhaka.. keduanya beliau ketepikan Perlembagaan dan ketiga menghina Parlimen dan speaker tidak layak untuk teruskan tugas kalau keadaannya begini.

“Beliau nak cuba pertahankan kerajaan yang sudah hilang majoriti dan keabsahan yang nyata, terutama dengan pendirian kami dan pendirian yang disebut dalam kenyataan presiden Umno bahawa tarik sokongan terhadap Muhyiddin,” katanya,

Anwar berkata, tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan, Rashid Hasnon menangguhkan Dewan Rakyat petang tadi juga tidak jelas apabila beliau tidak memaklumkan sampai bila penangguhan itu.



“Kita mahu jaminan daripada speaker bahawa sidang akan diadakan seperti biasa pada Isnin dan speaker memberi jaminan bahawa sidang akan diadakan. Kita telah beritahu kepada semua Ahli Parlimen supaya hadir pada 10 pagi Isnin depan,” katanya.

Sidang media tersebut turut dihadiri pemimpin Pakatan Harapan iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Terdahulu Persidangan Khas Dewan Rakyat ditangguhkan petang ini susulan dimaklumkan terdapat empat kes positif Covid-19 dikesan di Parlimen.

Susulan penangguhan beberapa kali sidang Dewan Rakyat hari ini, wakil pembangkang mendakwa Muhyiddin sebenarnya cuba mengelak apabila beliau sudah hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen dan menderhaka kepada titah Agong selepas Istana menzahirkan rasa dukacita dengan pembatalan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda. FMT



Ada 110 MP, ujilah di Parlimen – Anwar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker