Cadangan pindaan Perlembagaan, Kerajaan gagal mendapat perkenan Majlis Raja-Raja

Perikatan Nasional (PN) mendakwa kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 dimuktamadkan di Dewan Rakyat hari ini berpunca akibat kegagalan kerajaan mematuhi kehendak pindaan itu.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia disebabkan kerajaan gagal mendapat perkenan Majlis Raja-Raja bagi cadangan pindaan baharu seperti termaktub dalam Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, ia juga menunjukkan kerajaan tidak serius untuk meminda perkara berkaitan kewarganegaraan, selain mempersoal keputusan pentadbiran tidak menyelesaikan urusan kerajaan seperti dinyatakan dalam aturan urusan mesyuarat.



“Kami dapat menghidu kerajaan gagal mematuhi kehendak pindaan Perlembagaan, terutamanya adakah cadangan ini mendapat perkenan Majlis Raya-Raja. Kami mengatakan demikian berasaskan taklimat Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen.

“Taklimat berkenaan menyatakan mereka sudah membentang cadangan ini kepada Majlis Raja-Raja pada 26 Oktober 2023 serta 17 dan 24 Februari lalu, tetapi ketika perkenan diperolehi daripada Majlis Raja-Raja membabitkan lapan pindaan.

“Namun, yang dibentangkan hanya tujuh pindaan sahaja. Kami beranggapan cadangan pindaan terbaru masih belum mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan yang sepatutnya dimuktamadkan hari ini, hanya sempat dibentangkan bagi bacaan kali kedua.



RUU itu dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu tidak dibahas dan diputuskan berikutan persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan pada jam 5.45 petang.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, berkata ketiadaan usul daripada kerajaan bagi melanjutkan tempoh persidangan Dewan Rakyat, dianggap disengajakan, bertujuan melindungi kesalahan berkenaan.

“Kami mengatakan ini adalah drama terbaik minggu ini. Rakyat sedang menunggu topik amat penting mengenai pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan.

“Kalau urusan kerajaan disenaraikan dalam aturan urusan mesyuarat perlu diselesaikan walaupun hingga jam 3 pagi. Ketika Parlimen penggal ke-13 dulu kami pernah bersidang sehingga pagi untuk selesaikan urusan kerajaan.



“Kita juga tidak tahu sampai bila RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 ini ditangguhkan, adakah akan dibahaskan pada sidang akan datang atau tahun berikutnya?

“Adakah kerajaan menerima tekanan daripada mana-mana pihak dalam pentadbiran atau pihak lain? Kalau tidak ia tak akan berlaku seperti ini,” katanya yang juga Setiausaha Agung PAS.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker